72 pesakit Covid-19 meninggal semalam, 18 direkod di Johor

October 19, 2021 · Isu semasa

Seramai 72 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, meningkat sembilan kes berbanding 63 yang direkodkan pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah semalam turut melibatkan sembilan pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID), menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu hingga semalam kepada 27,993 kes, termasuk 5,655 kes BID.

Statistik KKM dalam laman sesawang COVIDNOW tengah malam tadi, menunjukkan dalam tempoh itu Johor merekodkan jumlah tertinggi kematian membabitkan 18 pesakit, berbanding sembilan kes pada Ahad, menjadikan keseluruhannya 3,527 kematian dicatatkan.

Sehingga kini, Johor melaporkan 11,556 kes aktif dengan 9,694 pesakit menjalani kuarantin di rumah, PKRC (948 pesakit); hospital (864 pesakit); dan unit rawatan rapi (50 pesakit).

Negeri itu juga merekodkan 732 kes baharu semalam menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 210,149 dengan 195,507 pesakit sembuh.

Sementara itu, Sarawak pula merekodkan 13 kematian; Kedah (sembilan); Pulau Pinang (tujuh); Sabah (lima); Kelantan (empat); masing-masing tiga di Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur; masing-masing dua di Melaka, Pahang, serta Selangor; dan Perlis (satu).

Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Statistik itu juga menunjukkan, Selangor kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi melebihi 200,000 apabila mencatatkan sebanyak 697,936 kes dengan 674,497 pesakit telah sembuh, diikuti Sarawak (231,263 positif, 217,015 sembuh); Johor (210,149 positif, 195,507 sembuh); dan Sabah (209,961 positif, 198,328 sembuh).

Sehingga semalam masih terdapat 89,173 kes aktif dengan 68,612 pesakit menjalani kuarantin di rumah, PKRC (12,935 pesakit); hospital (6,947 pesakit); dan 679 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 347 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok