[KEMAS KINI] 71 kematian direkod hari ini, 7,105 kes positif

June 1, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 71 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 membabitkan 69 rakyat tempatan dan dua bukan warganegara dicatatkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, 28 kematian itu dicatatkan di Selangor, Johor (lapan), Sarawak (tujuh), Kuala Lumpur (enam) dan Kelantan (lima).

Melaka pula mencatatkan empat kematian, Kedah (tiga), masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak, serta masing-masing satu di Sabah, Pahang, Labuan dan Pulau Pinang, katanya.

Beliau berkata, jumlah jangkitan positif hari ini meningkat semula kepada 7,105 kes, termasuk dua kes import, menjadikan kumulatif 579,462. Semalam, negara mencatat sebanyak 6,824 kes positif baharu.

“Sebanyak 6,083 kes pula telah sembuh menjadikan kumulatif kes kepada 496,121, manakala kes aktif sekarang ini adalah sebanyak 80,474.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 872 kes, dan daripada jumlah itu 419 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesan 27 kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 668.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
2 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
3 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
9 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok