71.4 peratus populasi dewasa sudah terima dos pertama vaksin Covid-19

August 14, 2021 · Isu semasa

Lebih 10.1 juta atau 43.3 peratus daripada populasi dewasa Malaysia kini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, semalam, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

Data merangkumi keseluruhan dos suntikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu juga menunjukkan lebih 16.7 juta atau 71.4 peratus populasi dewasa Malaysia menerima suntikan pertama vaksin itu.

Secara keseluruhan 26,851,765 dos suntikan vaksin telah diberikan dengan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 10,251,275 dos.

Tiga negeri lain turut merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu Sarawak sebanyak 3,388,952 dos membabitkan 1,795,633 dos pertama dan 1,593,319 dos kedua; Johor dengan 2,255,996 dos (1,564,691 dos pertama dan 691,305 dos kedua); dan Sabah dengan 1,803,399 dos (1,230,396 dos pertama dan 573,003 dos kedua).

Semalam sahaja sebanyak 462,860 dos suntikan diberikan membabitkan 162,182 dos pertama dan 300,678 dos kedua.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
10 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok