708,187 kanak-kanak terima vaksin Covid-19 hingga semalam

February 25, 2022 · Isu semasa

Jumlah kanak-kanak di Malaysia berusia antara lima dan 12 tahun ke bawah, yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam meningkat kepada 708,187 atau 19.9 peratus.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini, semalam sahaja seramai 45,596 kanak-kanak menerima dos pertama.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula sejak rasmi pada 1 Oktober 2021 hingga semalam, seramai 14,465,114 atau 61.1 peratus daripada individu dewasa telah menerima dos penggalak.

Semalam sahaja seramai 88,247 daripada mereka menerima suntikan dos ketiga itu.

Sehingga semalam juga, seramai 22,946,836 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,226,005 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama, seramai 2,799,784 atau 90.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 masing-masing, manakala 2,891,056 atau 92.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sebanyak 66,729,880 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 25,746,620 atau 78.8 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, dan 26,825,248 atau 82.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
22 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok