70 peratus kakitangan taska sudah lengkap vaksin

September 19, 2021 · Isu semasa

Kakitangan taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sudah lengkap dos vaksin kini mencapai 70 peratus atau 8,895 daripada 12,545 orang, kata kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut seramai 1,853 kakitangan taska pula telah menerima satu dos suntikan Covid-19 sehingga 17 Sept lepas manakala 1,797 kakitangan lagi sedang menunggu janji temu untuk mendapatkan suntikan.

“Saya minta pengusaha taska untuk pastikan SOP (prosedur operasi standard) dipatuhi bagi memastikan persekitaran taska selamat untuk kanak-kanak,” katanya lapor Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Sept lepas mengumumkan tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapanya bekerja dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 Sept.

Rina berkata 2,618 pengusaha taska di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Taska di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disediakan untuk kelangsungan operasi taska berdaftar JKM.

Katanya bayaran telah dibuat mulai 1 Sept lepas yang menyediakan bantuan sebanyak RM3,000 bagi taska insititusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti manakala RM800 untuk pengusaha taska di rumah.

Beliau berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban pengurusan taska dan membantu proses pengoperasian mereka seperti menanggung kos disinfeksi taska atau barang-barang keperluan lain agar taska dapat mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok