7 peratus kanak-kanak di Malaysia sudah terima dos pertama

February 16, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam negara telah mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web CovidNOW, sebanyak 13,486,823 atau 57.3 peratus populasi dewasa dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19; sejumlah 22,939,377 individu atau 97.5 peratus (lengkap vaksinasi), manakala 98.7 peratus atau 23,216,096 (sekurang-kurangnya satu dos), menurut laporan Bernama.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,796,605 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,877,213 atau 92.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 154,776 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 42,374 termasuk 39,749 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dos kedua (1,657) dan dos penggalak (110,745) menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,356,763 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 31 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Sabah melaporkan lapan kes, Selangor (tujuh kes), Johor (enam kes), Pulau Pinang (lima kes), Kedah (dua kes) dan masing-masing satu kes di Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

 

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok