
Daripada 17 kluster yang muncul sejak awal tahun ini, 11 daripadanya adalah institusi pendidikan iaitu tiga daripada kolej, masing-masing satu sekolah menengah agama, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.
Tujuh lagi kluster pendidikan dikesan dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan keseluruhannnya sebanyak 129 kluster kategori itu dilaporkan sejak 1 Januari lalu dengan melibatkan lebih 5,000 jangkitan, kebanyakannya dalam kalangan pelajar sekolah.
Dua daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Melaka membabitkan Kluster Jalan Selandar Jasin dengan 28 jangkitan, dan Kluster Jalan Chinchin 2 juga di Jasin (36 kes).
Putrajaya turut merekodkan satu kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Putra 11 membabitkan tujuh kes, sementara Kluster Jalan Razak membabitkan 20 jangkitan dikesan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Di Kuala Lumpur, Kluster Persiaran Tun Ismail melibatkan Kepong, Titiwangsa dan Lembah Pantai membabitkan 21 kes, sementara Kluster Seri bentong di Pahang dengan 12 kes, dan Kluster Susur 5 Larkin di Johor Bahru pula sebanyak tujuh kes.
Sementara itu, Pulau Pinang pula melaporkan dua kluster masing-masing kluster pusat tahanan dan tempat kerja yang melibatkan 50 jangkitan positif Covid-19.
Johor juga mencatat dua kluster iaitu komuniti di Tangkak, serta tempat kerja (Kulai) membabitkan 19 kes, manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi di laporkan di Padang Terap, Kedah melibatkan 20 jangkitan.