7 kematian, kes aktif melonjak

February 3, 2022 · Isu semasa

Seramai tujuh pesakit, termasuk dua yang belum sempat mendapat rawatan di hospita atau kes BID, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 lalu kepada 31,992 kes, termasuk 6,449 kes BID, menurut statistik yang dikemas kini dalam laman sesawang Covidnow tengah malam tadi.

Kelantan dan Pahang masing-masing mencatat dua kematian, diikuti masing-masing satu di Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Kelantan kini mencecah 1,280 kes, diikuti Pahang (808); Johor (3,920); Negeri Sembilan (1,336); dan Terengganu (758).

Sehingga semalam negara mencatat 2,882,060 kumulatif kes positif, dengan 2,790,386 atau 96.8 peratus pesakit telah sembuh dan 59,685 kes masih aktif, bertambah 2,533 kes berbanding pada Selasa.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 52,207 pesakit menjalani kuarantin di rumah; PKRC (4,212); hospital (3,154); dan 112 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 54 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 24 Februari tahun lalu hingga semalam, seramai 25,714,709 atau 78.7 peratus daripada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, telah lengkap menerima vaksin Covid-19 masing-masing.

Seramai 26,070,519 atau 79.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 12,055,099 atau 36.9 peratus individu lagi menerima dos penggalak.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir enam negeri kini cecah 40,000 lebih di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
3 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
18 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
35 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok