7 daerah zon merah: Negeri Sembilan tak rancang sekatan pergerakan

February 21, 2022 · Isu semasa

Tujuh daerah di Negeri Sembilan berstatus zon merah Covid-19 sejak semalam, namun kerajaan negeri belum bercadang melaksanakan semula perintah sekatan pergerakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, orang ramai diminta mengambil dos penggalak, manakala ibu bapa diminta supaya mendaftarkan anak masing-masing menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar negeri, S Veerapan bagaimanapun berkata, setakat ini kerajaan negeri belum bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Namun, saya menasihatkan orang ramai di Negeri Sembilan supaya mengambil dos penggalak dan ibubapa dinasihatkan supaya menggalakkan anak-anak berusia 12 tahun ke bawah mengambil vaksin,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut Veerapan berkata, daripada 61 mukim di negeri berkenaan, 38 daripadanya berada dalam zon merah dengan Mukim Ampangan mencatatkan kes baharu paling tinggi iaitu sebanyak 63 kes.

“Antara mukim yang mencatatkan kes aktif paling tinggi adalah Labu (1,357), Ampangan (1,284), Si Rusa (661) dan Setul (606). Manakala terdapat lima mukim di zon jingga dan 15 mukim mencatatkan zon kuning.

“Hanya terdapat tiga mukim di zon hijau iaitu Langgkap dan Parit Tinggi masing-masing di Kuala Pilah serta Legung Ulu di Rembau. Manakala semua mukim di daerah Seremban, Port Dickson dan Jempol mencatatkan zon merah membabitkan 18 mukim.

Dalam pada itu, Veerapan berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 690 kes baharu Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 134,082 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 sebanyak 1,349,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok