6,976 kes catat rekod tertinggi, 49 kematian

Kes Covid-19 di Malaysia mencatat rekod tertinggi apabila 6,976 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Semalam, 6,320 kes baharu dicatatkan, manakala pada Jumaat sebanyak 6,493 kes, sekali gus menunjukkan trend gelombang ketiga pandemik Covid-19 semakin membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu juga, 49 kes kematian termasuk satu bukan warganegara akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada 2,248 kes.

Selangor masih mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 14 kes, diikuti Johor (8), Pulau Pinang (6) dan Melaka (6).  Hari ini terdapat 6 kes ‘brough in dead’ (BID),” katanya.

Katanya, Selangor terus mencatat peningkatan jangkitan tertinggi hari ini dengan 2,235 kes direkodkan menjadikan kumulatif kes di negeri itu sebanyak 167,629. Semalam sebanyak 1,647 kes dicatatkan manakala 2,163 kes direkodkan pada Jumaat.

Sarawak mencatatkan 663 kes baharu ini menjadikan kumulatif kes di negeri itu sebanyak 42,283.

Jangkitan baharu di Kelantan pula sebanyak 626 kes (22,546); Johor (549/53,963); Kuala Lumpur (447/53,639); Negeri Sembilan (434/22,704); Kedah (422/15,344); Pulau Pinang (372/25,735); Perak (279/18,549); Terengganu (266/6,967); Pahang (263/7,772); Melaka (209/9,761); Sabah (136/60,378); Labuan (37/2,711); Putrajaya (30/1,674); dan Perlis (8/436).

BERITA BERKAIT
POPULAR