69 kematian akibat Covid-19 semalam, 85,916 kes masih aktif

October 20, 2021 · Isu semasa

Enam puluh sembilan pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan kumulatif sejak virus itu mengancam Malaysia awal 2020 lalu naik kepada 28,062 kematian.

Jumlah itu termasuk 11 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID). Keseluruhannya 5,666 kes BID dicatat sehingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah pesakit yang meninggal itu, Sarawak mencatat 16 kes diikuti masing-masing sembilan kes di Perak dan Selangor; Johor (lapan); Pulau Pinang (enam); Kelantan (lima); masing-masing empat di Melaka dan Sabah; masing-masing tiga di Pahang dan Perak; dan masing-masing satu di Negeri Sembilan serta Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Secara keseluruhan sehingga semalam, sembilan negeri kekal merekodkan jumlah kematian empat angka. Selangor kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 9,530 kes diikuti Johor (3,553); dan Kuala Lumpur (2,538).

Sabah pula merekodkan 2,417 kematian diikuti Kedah (1,936 kes); Pulau Pinang (1,536); Negeri Sembilan (1,217); Sarawak (1,131); dan Perak (1,028).

Data yang dikemas kini dalam laman sesawang KKM, COVIDNOW menunjukkan dalam tempoh enam bulan, 66.8 peratus kematian adalah dalam kalangan individu yang tidak divaksin; belum lengkap divaksin (22.7 peratus); dan lengkap divaksin (10.5 peratus).

Dalam tempoh sama 54.1 peratus kematian membabitkan individu berumur 60 tahun ke atas; 45.5 peratus (18 hingga 59 tahun); 0.1 peratus (12 hingga 17 tahun); dan 0.2 peratus (0 hingga 11 tahun).

Sebanyak 57.1 peratus lelaki meninggal dunia dalam tempoh itu, manakala 42.9 peratus lagi wanita. Dalam tempoh itu juga 86.9 peratus kematian melibatkan warganegara dan 13.1 peratus rakyat asing.

Sementara itu kes aktif juga turun kepada 85,916 kes dengan 66,065 menjalani kuarantin di rumah; PKRC (12,592 pesakit); hospital (6,583 pesakit); dan 676 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 330 yang memerlukan alat bantuan kecemasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok