68 peratus populasi dewasa lengkap suntikan vaksin

Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan 36,431,562 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,543,016 individu di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 289,958 dos dengan 136,177 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 153,841 adalah dos lengkap.

PICK dilancar pada 24 Feb lepas bagi memberi vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

BERITA BERKAIT
POPULAR