67.5 peratus terima dos penggalak

Sejumlah 22,956,079 atau 97.6 peratus individu dewasa di seluruh negara telah menerima dua dos vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu, hingga semalam (5 April).

Dalam tempoh sama juga, seramai 23,231,749 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Selain itu, sejak 1 Oktober tahun lalu pula seramai 15,876,357 atau 67.5 peratus populasi dewasa menerima suntikan dos penggalak apabila PICK Penggalak dilancarkan. Semalam sahaja seramai 11,636 individu dewasa menerima dos penggalak.

Selain itu, seramai 2,855,499 atau 91.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 2,950,267 atau 94.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICKids pula, seramai 30,599 atau 0.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin itu sehingga semalam.

Manakala, 1,353,774 atau 38.2 peratus lagi kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 69.04 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 25,842,177 atau 79.1 peratus telah lengkap menerima dua dos, manakala 27,535,790 atau 84.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 5 April 2022. – Sumber Covidnow KKM

BERITA BERKAIT
POPULAR