66.7 peratus populasi dewasa sudah lengkap suntikan vaksin Covid-19

Sebanyak 86.6 peratus atau lebih 20.26 juta daripada populasi dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam, 3 September 2021.

Sementara lebih 15.6 juta atau 66.7 peratus lagi melengkapkan dos masing-masing, lapor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hari ini.

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang – merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – berkongsi 95 peratus daripada populasi dewasa yang telah melengkapkan dua suntikan vaksin.

Sabah kekal negeri terendah kadar peratusannya apabila merekodkan 42.4 peratus daripada populasi dewasa yang telah melengkapkan suntikan vaksin, termasuk vaksin dos tunggal CanSino.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga semalam, lebih 35.84 juta dos, termasuk dos tunggal, telah diberikan kepada penerima di seluruh negara, membabitkan 20,261,734 dos pertama dan 15,606,818 dos kedua.

Menurut data JKJAV, Lembah Klang merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu melebihi 12.77 juta dos, membabitkan 6,916,952 dos pertama dan 5,854,226 dos kedua.

Semalam sahaja, sebanyak 321,349 dos diberikan membabitkan 143,831 penerima dos pertama dan 177,518 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

BERITA BERKAIT
POPULAR