
Sebanyak 624,000 dos vaksin untuk kanak-kanak tiba di Lapangan Terbang Subang,pada 28 Januari 2022. - Gambar KKM
Lebih 68.57 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari 2021.
Daripada jumlah itu, 25,792,186 atau 79.0 peratus individu telah lengkap divaksinasi, manakala 27,442,967 atau 84.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sejak PICK Penggalak dilancarkan 1 Oktober tahun lalu hingga semalam, sejumlah 15,553,138 atau 66.1 peratus individu dewasa menerima suntikan dos ketiga Covid-19.
Sementara itu, 22,946,072 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,222,133 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sejak 8 September 2021 sehingga semalam pula, seramai 2,846,114 atau 91.5 peratus remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, sementara 2,943,587 atau 94.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Seramai 1,277,247 atau 36.0 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama daripada vaksin dua dos, menerusi program PICKids yang bermula 3 Februari lalu.