6,509 kes baharu Covid-19

Sebanyak 6,509 lagi jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Ahad, negara mencatat rekod tertinggi jangkitan dengan 6,976 kes, berbanding pada Sabtu (6,320) dan Jumaat (6,493).

Beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang utama peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dengan mencatatkan 2,049 kes, sementara Sarawak (530) dan Johor serta Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 468 kes.

Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor : 2,049 kes
Sabah : 184 kes
Johor : 468 kes
WPKL : 468 kes
Sarawak : 530 kes
Pulau Pinang : 384 kes
Negeri Sembilan : 329 kes
Kelantan : 451 kes
Perak : 231 kes
Kedah : 348 kes
Melaka : 329 kes
Pahang : 257 kes
Terengganu : 263 kes
WP Labuan : 171 kes
WP Putrajaya : 40 kes
Perlis : 7 kes

BERITA BERKAIT
POPULAR