65 Bazar Ramadan dibuka di KL

April 11, 2021 · Isu semasa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan 65 lokasi dijadikan Bazar Ramadan bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan orang ramai, peniaga dan pekerja di Bazar Ramadan itu mematuhi SOP yang ditetapkan, seperti memakai pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan.

“Mana-mana individu atau penganjur yang melanggar peraturan atau SOP ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19, akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000 terhadap individu dan RM50,000 kepada penganjur,” kata DBKL.

Menurut kenyataan itu, 63 Bazar Ramadan diselia oleh penganjur, manakala dua lagi iaitu di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri (berhampiran Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur) dan di Jalan 4/38 A Taman Sri Sinar, Segambut (Wisma Suhati), diselia oleh DBKL sendiri.

Kenyataan itu juga memaklumkan Bazar Aidilfitri di Jalan Raja, akan beroperasi semula di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) bermula 17 April hingga 12 Mei, setelah ditangguhkan pelaksanaannya tahun lalu susulan Covid-19.

Sebanyak 208 penjaja akan terbabit di lokasi bazar yang bermula dari belakang bangunan Kompleks Campbell sehingga ke susur keluar persimpangan Masjid India, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Kawasan Lorong TAR yang menempatkan penjaja Bazar Aildilfitri akan dipasang pagar di sepanjang jalan, bagi mengawal keluar/masuk pengunjung dan akan dikawal selia sepenuhnya oleh DBKL,” kata kenyataan itu.

Tapak tradisi pasar malam di Lorong TAR setiap Sabtu, akan dipindahkan operasi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sepanjang bulan Ramadan iaitu pada 17 April, 24 April, 1 Mei dan 8 Mei 2021.

Kenyataan itu turut memaklumkan, sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari persimpangan Jalan Esfahan (selepas Sogo) sehingga ke persimpangan Jalan Melayu, akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan bagi memberi laluan kepada aktiviti pasar malam bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada tarikh berkenaan.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Apa di sebalik isu Menara KL?
January 2, 2023· Isu semasa
SPRM siasat jualan saham Menara KL, tiga individu sudah dipanggil
December 29, 2022· Isu semasa
Rosmah sekali lagi gagal singkir hakim dengar kes pengubahan wang haram, cukai
April 25, 2022· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok