6,355 kes baharu, turun sedikit

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit kepada 6,355 berbanding 6,380 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jangkitan terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,575,888 kes, sementara sehingga semalam 2,472,283 pesakit disahkan sembuh.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 November untuk seluruh negara adalah sebanyak 1.02, turun berbanding 1.03 pada Rabu.

Sehingga semalam, 10 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat Ro/Rt melebihi 1.00.

Kuala Lumpur merekodkan Ro/Rt sebanyak 1.09 diikuti Negeri Sembilan (1.07) masing-masing 1.06 di Kelantan dan Putrajaya; Selangor dan Pahang (1.05); Johor (1.03); Kedah dan Perak (1.02); dan Terengganu (1.01).

Semalam, lapan negeri merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19, dengan Lembah Klang, khususnya Selangor, kekal menjadi penyumbang jumlah tertinggi sebanyak 1,882 kes.

Dalam tempoh 24 jam semalam juga Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti 88 kes baharu varian Delta di 10 negeri.

Sembilan belas daripadanya dikesan di Selangor; Perak (17); Negeri Sembilan (13); Johor (sembilan); Kelantan (lapan); Kedah (tujuh); Terengganu (enam); Perlis (empat); Kuala Lumpur (tiga); dan Melaka (dua). Berita berkaitan

BERITA BERKAIT
POPULAR