6,342 kes, 12 kematian semalam

Sebanyak 6,342 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 22 April), meningkat sedikit berbanding 5,899 kes yang dicatat pada Khamis.

Sejumlah 3,814 daripada kes baharu itu melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 1,509 (menerima dua dos); 712 (tidak divaksinasi); dan 307 (belum lengkap divaksinasi.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,421,443 kes, dengan 4,300,558 pesakit telah sembuh, 85,404 kes masih aktif, dan 35,482 kes kematian direkodkan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 83,528 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 127 ditempatkan di PKRC; 1,657 dimasukkan ke hospital; dan 91 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan sembilan negeri merekodkan peningkatan jangkitan semalam berbanding Khamis, tetapi nisbah adalah kecil.

Berikut adalah negeri yang mencatat peningkatan jangkitan semalam berbanding Khamis:

  • Selangor – 3,819 kes (3,579);
  • Kuala Lumpur – 716 kes (649);
  • Negeri Sembilan – 344 kes (249);
  • Perak – 343 kes (301);
  • Pulau Pinang – 223 kes (193);
  • Sabah – 149 kes (85);
  • Melaka – 124 kes (112);
  • Putrajaya – 105 kes (60); dan
  • Kelantan – 34 kes (25).

Sehingga semalam, Selangor merekodkan kumulatif positif sebanyak 1,325,483 kes, dengan 1,265,220 pesakit telah pulih; 10,612 kes kematian; dan 49,651 kes masih aktif, termasuk 49,083 pesakit masing menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, seramai 38 pesakit ditempatkan di PKRC; 494 dimasukkan ke hospital; dan 36 dirawat di ICU, dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Smentara itu, KKM juga memaklumkan seramai 12 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kematian diluar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 sebanyak 35,482 kes, termasuk 7,511 kes BID.

Johor dan Melaka masing-masing mencatat tiga kematian diikuti masing-masing dua di Pulau Pinang serta Selangor dan masing-masing satu di Sabah serta Sarawak.

Berikut adalah jumlah kes kematian mengikut negeri sejak Mac 2020 hingga semalam:

  • Selangor – 10,612;
  • Johor – 4,500;
  • Sabah – 3,122;
  • Kuala Lumpur – 2,814;
  • Kedah – 2,615;
  • Pulau Pinang – 1,978;
  • Perak – 1,905;
  • Sarawak – 1,727;
  • Negeri Sembilan – 1,471;
  • Kelantan – 1,419;
  • Melaka, 1,113;
  • Pahang – 968;
  • Terengganu – 859;
  • Perlis – 182;
  • Labuan – 155; dan
  • Putrajaya – 42.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 22 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR