6,323 kes baharu Covid-19, naik tiga hari berturut-turut

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat lagi buat hari ketiga berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 6,323 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 6,243 kes semalam.

Beliau berkata, angka itu menjadikan kumulatif keseluruhan sejak awal tahun lalu sebanyak 2,528,821 kes. Bagaimanapun sehingga semalam, sebanyak 2,430,122 pesakit dilaporkan telah sembuh.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes keseluruhan tertinggi iaitu sebanyak 724,098 kes, termasuk 1,480 kes import. Sehingga semalam, 701,191 pesakit di negeri itu disahkan sembuh, manakala 9,660 meninggal dunia.

Sehingga semalam, Selangor mencatat 14,727 kes aktif, dengan 12,264 daripadanya menjalani kuarantin di rumah; 1,352 ditempatkan di PKRC; 1,019 dimasukkan ke hospital; dan 91 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 53 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Selangor, sebanyak 90.5 peratus atau 4,532,508 populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi, manakala 93.9 peratus atau 4,743,616 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt, Dr Noor Hisham berkata pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 November 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99.

Putrajaya mencatat RT sebanyak 1.06, diikuti Selangor dan Kuala Lumpur (1.03), Kelantan (1.01), dan Negeri Sembilan (1.00). Terendah ialah Perak sebanyak RT 0.86.

BERITA BERKAIT
POPULAR