63 kematian hari ini tertinggi sejak Mac 2020

Data 26 Mei 2021

Enam puluh tiga kematian dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi – tertinggi sejak Covid-19 melanda negara – berbanding semalam sebanyak 60 kes.

Jumlah kematian ini juga seiring dengan peningkatan kes jangkitan baharu dalam tempoh itu yang paling tinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak 7,478 kes, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kepada 533,367 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 756 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di seluruh negara.

“Seramai 377 daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan. Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 4,665,” katanya.

Tujuh negeri pula mencatat kenaikan kes jangkitan hari ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

POPULAR