
Kes Covid-19 pada 6 Jun 2021.
Sebanyak 6,241 kes baharu Covid-19 direkodkan sepanjang 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, antara negeri mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor dengan 2,178 kes diikuti Sarawak (600 kes) dan Johor (565).
Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri dan kumulatif:
Selangor – 2,178 (202,146)
Sabah – 305 (63,870)
WPKL – 415 (62,917)
Johor – 565 (61,543)
Sarawak – 600 (51,171)
Pulau Pinang – 271 (30,753)
Kelantan – 270 (30,142)
Negeri Sembilan – 556 (29,972)
Perak – 174 (22,426)
Kedah – 125 (20,452)
Melaka – 225 (13,531)
Pahang – 155 (10,726)
Terengganu – 158 (9,871)
WP Labuan – 212 (4,752)
WP Putrajaya – 30 (2,006)
Perlis – 2 (537)