62,109,995 dos vaksin diberikan

January 23, 2022 · Isu semasa

Jumlah vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan warganegara asing kini mencecah lebih 62.10 juta dos sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini daripada jumlah itu, seramai 25,695,189 atau 78.7 peratus populasi di negara ini telah lengkap divaksinasi.

Menerusi kemas kini laman sesawang Covidnow pagi ini, KKM memaklumkan seramai 26,056,749 atau 79.8 peratus lagi populasi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu, seramai 10,561,588 atau 32.3 peratus individu lagi menerima suntikan dos penggalak yang dilancarkan pada 13 Oktober tahun lalu.

Dari segi pecahan pemberian vaksin itu, seramai 22,915,270 atau 97.9 peratus individu dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Seramai 23,192,788 atau 99.1 peratus individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, lapor KKM.

Sejak 8 September tahun lalu hingga semalam seramai 5,643,880 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 2,779,919 atau 88.3 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,863,961 atau 91.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok