6,210 kes baharu jangkitan Covid-19, kemasukkan hospital meningkat

October 21, 2021 · Isu semasa

Kes harian jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan 6,210 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 2,413,592.

Dalam ciapan Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memberitahu kes baharu yang direkodkan hari ini mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam yang hanya sebanyak  5,516 kes direkodkan.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my pada malam ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi data yang dikongsinya menunjukkan kemasukan ke hospital di Lembah Klang dan Sarawak meningkat dalam tempoh tujuh hari lalu.

Berdasarkan data yang dikongsi Khairy, Selangor menunjukkan peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 23 peratus, diikuti Sarawak (16 peratus), Kuala Lumpur (12 peratus) dan Putrajaya (lima peratus).

Khairy berkata ia adalah antara petunjuk penting yang perlu diberikan perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Melalui ciapan Twitternya, Khairy turut memuat naik data daripada COVIDNOW, yang menunjukkan trend berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia.

“Analisis dan pemerhatian kita akan ditingkatkan,” katanya.

Berdasarkan data berkenaan, sebanyak 1,589 purata kes kemasukan ke hospital sehari akibat Covid-19 direkodkan dalam tempoh tujuh hari lalu, dengan penggunaan katil di hospital adalah pada tahap 67 peratus.

Selain itu, sebanyak 6,550 purata kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh tujuh hari lalu, dengan kadar positif adalah 5.5 peratus.

Jumlah kematian yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu di seluruh negara adalah sebanyak 790 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok