62 kes varian Delta dikesan, 23 kluster baharu dilaporkan

January 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 62 jangkitan varian Delta Covid-19 dikesan sejak 25 Januari hingga hari ini (28 Januari 2022), dengan 40 daripadanya dilaporkan di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 46 daripada kes itu dikenal pasti iPromise, UiTM; TIDREC, Universiti Malaya (15 kes); dan Institut Penyelidikan dan Perubatan (satu kes).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,118 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya.

Sehingga kini, KKM mengesan 6,250 kes varian Delta; Omicron (601); Beta (233); Alpha (14); Theta (13); Kappa (empat); dan Eta (tiga).

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi terus meningkat berbanding semalam.

Menurutnya dalam tempoh itu sebanyak 23 kluster dikesan berbanding 22 kluster semalam dan 19 kluster kelmarin.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kluster yang dikesan sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 6,394 dengan 6,105 kluster telah ditamatkan dan 289 masih aktif, katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, 18 daripada 22 kluster Covid-19 yang dikesan melibatkan kluster pendidikan, menjadikan keseluruhan jangkitan dalam kategori itu yang dilaporkan sejak 1 Januari lalu sebanyak 138 kluster.

Beliau juga berkata seramai 3,285 pesakit telah sembuh hari ini menjadikan kumulatif pulih sebanyak 2,773,948 atau 97.1 peratus daripada 2,855,930 kumulatif kes positif.

Dalam tempoh itu juga katanya, sebanyak 373 kes import dikesan dengan 259 membabitkan warga tempatan dan 114 lagi rakyat asing, sementara 5,149 kes lagi adalah penularan tempatan yang melibatkan 4,946 rakyat Malaysia dan 203 warga asing.

Sehingga hari ini, Dr Noor Hisham berkata seramai 127 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dengan 70 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 5,522 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 39 kes atau 0.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,483 kes (99.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok