62.5% remaja terima dos pertama

October 6, 2021 · Isu semasa

Jumlah keseluruhan penerima vaksin di seluruh negara sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, 5 Oktober 2021, mencecah 44,797,925 individu, termasuk remaja.

Daripada jumlah itu, lebih 20.81 juta atau 63.8 peratus individu telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, manakala 24,085,144 atau 73.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman sesawang COVIDNOW menunjukkan 88.4 peratus daripada jumlah itu membabitkan individu dewasa yang melengkapkan suntikan masing-masing, manakala 94.5 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada jumlah keseluruhan dos vaksin yang diberikan sehingga semalam, 3.8 peratus membabitkan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun yang lengkap divaksinasi, manakala 62.5 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja, 224,034 dos vaksin diberikan kepada semua golongan membabitkan 122,153 individu menerima dos pertama dan 101,881 lagi melengkapkan vaksin masing-masing.

Statistik itu juga menunjukkan menerusi PICK Remaja, Sarawak mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 24.0 peratus remaja lengkap divaksinasi, manakala 72.7 peratus lagi belum lengkap menerima suntikan.

Ini diikuti dengan Labuan sebanyak 17.9 peratus remaja lengkap divaksin, manakala 78.5 lagi belum lengkap.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok