6,145 kes hari ini terendah sejak Jun

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun ke paras terendah bulan ini apabila merekodkan 6,145 kes, berbanding 7,509 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,390,687 kes.

Jumlah kes harian terendah pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 19 Jun lalu apabila mencatatkan 5,911 kes, manakala bagi bulan ini angka terendah ialah pada 11 Oktober lalu dengan catatan 6,709 jangkitan.

Menurut catatan KKM, sejak awal tahun lalu sehingga semalam empat negeri merekodkan jumlah kes melebihi 200,000.

Selangor merekodkan 696,902 kes positif dengan 673,365 pesakit telah sembuh, diikuti Sarawak (230,533 positif dan 673,365 sembuh); Sabah (209,458 positif dan 197,112 sembuh); dan Johor (209,418 positif, 194,765 sembuh).

Sementara itu, lima negeri lain pula merekodkan jumlah kes positif melebihi 100,000, yang membabitkan Kuala Lumpur sebanyak 187,859 kes positif dan 183,930 sembuh; diikuti Kedah (143,046 positif, 137,183 sembuh); Pulau Pinang (139,685 positif, 132,443 sembuh); Kelantan (130,760 positif, 121,116 sembuh); dan Perak (111,230 positif, 105,629 sembuh).

BERITA BERKAIT
POPULAR