61 kematian direkod hari ini, tertinggi sejak pandemik bermula

Negara hari ini mencatatkan kes kematian paling tinggi sejak pandemik Covid-19 melanda awal tahun lalu, dengan merekodkan 61 kes dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 mencecah 2,309 kes.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 6,509 lagi jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara membabitkan 6,489 warga tempatan dan 20 lagi adalah kes import.

Pada Ahad, negara mencatat rekod tertinggi jangkitan dengan 6,976 kes, berbanding pada Sabtu (6,320) dan Jumaat (6,493).

Beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang utama peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dengan mencatatkan 2,049 kes, sementara Sarawak (530) dan Johor serta Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 468 kes.

Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor : 2,049 kes
Sabah : 184 kes
Johor : 468 kes
WPKL : 468 kes
Sarawak : 530 kes
Pulau Pinang : 384 kes
Negeri Sembilan : 329 kes
Kelantan : 451 kes
Perak : 231 kes
Kedah : 348 kes
Melaka : 329 kes
Pahang : 257 kes
Terengganu : 263 kes
WP Labuan : 171 kes
WP Putrajaya : 40 kes
Perlis : 7 kes

Pada masa sama, katanya, kes sembuh yang dicatatkan ialah 3,452 menjadikan keseluruhan kes sembuh adalah 456,273.

“Sebanyak 60,018 kes aktif dan 369 daripada 711 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR