60% muflis berusia 25-44 tahun, pinjaman peribadi punca utama

June 23, 2022 · Isu semasa

Hampir 60 peratus daripada 46,132 rakyat Malaysia yang mengisytiharkan muflis dari 2018 hingga Mei tahun ini berumur antara 25 dan 44 tahun, menurut data terkini Jabatan Insolvensi.

Data rasmi juga menunjukkan bahawa hampir 42 peratus daripada mereka yang mengisytiharkan muflis dalam tempoh empat setengah tahun lalu adalah disebabkan pinjaman peribadi.

Ini diikuti oleh hampir 15 peratus yang menyenaraikan pembelian kenderaan sebagai faktor mengisytiharkan muflis, dan lebih daripada 13 peratus kerana pinjaman perniagaan.

“Hakikat bahawa ramai daripada mereka jatuh muflis kerana pinjaman peribadi adalah sesuatu yang membimbangkan kerana kita tidak tahu mengapa mereka mengambil pinjaman; mereka boleh membelanjakan wang itu untuk sesuatu yang bukan keperluan.

“Tetapi mungkin juga mereka ini membuat pinjaman untuk membayar hutang.

“Mereka sepatutnya mendapatkan nasihat daripada pakar, contohnya Agensi Kaunseling Kredit dan Pengurusan Hutang,” kata dekan Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia, Mohamad Fazli Sabri, menurut laporan The Star yang diterbitkan hari ini.

Data daripada Jabatan Insolvensi juga menunjukkan penurunan yang stabil dalam bilangan bankrap sepanjang tahun.

Mereka yang memfailkan muflis berjumlah 16,482 pada 2018; turun kepada 12,051 pada 2019; 8,351 pada 2020; dan 6,554 tahun lepas.

Tetapi Fazli berkata penurunan itu boleh dikaitkan dengan pindaan dalam Akta Insolvensi pada 2020 yang menaikkan ambang kebankrapan daripada RM30,000 kepada RM100,000.

Ketua Komunikasi Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Sazlin Zainal Abidin pula dipetik sebagai berkata orang ramai perlu mendapatkan bantuan daripada AKPK sebelum membuat permohonan pinjaman dan bukan hanya apabila mereka sudah berhutang.

“Orang ramai perlu mendekati AKPK walaupun sebelum membuat sebarang pinjaman baharu. Kemudian kami akan membantu mereka melihat keadaan kewangan keseluruhan mereka dan menasihati mereka dengan sewajarnya.

“Perkhidmatan kami kepada individu adalah percuma dan tanpa menggunakan mana-mana ejen pihak ketiga,” katanya.

Beliau menambah bahawa 85 peratus daripada mereka yang mencapai penghujung Program Pengurusan Hutang AKPK berjaya menyelesaikan hutang dan mengawal semula kewangan mereka.

Jumlah perisytiharan muflis tertinggi sehingga Mei 2022 datang dari Selangor dengan 72,608 kes, diikuti tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan digabungkan (46,876) dan Johor (32,441).

Berita berkaitan
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Banyak kes bankrap berpunca daripada pinjaman peribadi
May 24, 2023· Isu semasa
Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok