[KEMAS KINI] 60 kematian, kes baharu turun

June 14, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 sepanjang 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menunjukkan penurunan seiring dengan kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 60 kematian direkodkan dalam tempoh itu di seluruh negara menjadikan kumulatif sebanyak 3,968 kes.

Beliau berkata seramai 921 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 459 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kes sembuh hari ini adalah seramai 6,588 melebihi kes baharu positif sebanyak 4,949, termasuk enam kes import. Kes aktif kini adalah sebanyak 71,625,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata 17 kluster baharu turut dikesan menjadikan kumulatif sebanyak 2,494 dengan 774 kluster masih aktif.

Beliau berkata lima kluster tempat kerja yang semuanya membabitkan industri dikesan di Selangor; Johor (empat – tempat kerja); Kelantan (tiga – tempat kerja); Sarawak (dua – komuniti); dan masing-masih satu kluster tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi di Kuala Lumpur, Perak serta Negeri Sembilan.

Katanya, semua kluster itu membabitkan 616 kes positif Covid-19 dengan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 115 kes dilaporkan di tapak binaan Persiaran Pertahanan di Titiwang, Kuala Lumpur.

Data 14 Jun 2021

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
15 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok