60.3 peratus terima dos penggalak

Kadar imunisasi dos penggalak di seluruh negara sehingga semalam meningkat kepada 60.3 peratus, ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan penerima dos ketiga dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid, mulai 25 Februari 2022.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman sesawang Covidnow yang dikemas kini pagi ini, seramai 95,280 individu dewasa menerima suntikan dos penggalak semalam.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula sejak rasmi pada 1 Oktober 2021 hingga semalam, seramai 14,176,241 individu dewasa telah menerima dos ketiga itu.

Sementara itu, seramai 49,310 kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

KKM memaklumkan sehingga kini seramai 615,671 atau 17.3 peratus kanak-kanak telah menerima dos pertama.

Sejak PICK dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, seramai 22,945,612 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,223,983 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara sejak 8 September 2021 hingga semalam, seramai 2,799,326 atau 90.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi.

Daripada lebih 5.68 juta dos diberikan kepada golongan remaja, 2,888,143 atau 92.9 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 66.44 juta dos vaksin Covid-19 diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 25,744,938 atau 78.8 peratus individu telah lengkap divaksinasi, manakala 26,727,797 atau 81.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 22 Februari 2022. – Sumber Covidnow KKM

BERITA BERKAIT
POPULAR