6 pengganas Anshorullah At Tauhid ditahan cuba bunuh Tun M, Menteri

March 27, 2021 · Isu semasa

Seramai enam suspek pengganas ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal Januari lalu dan tiga daripadanya didapati mahu mengancam bunuh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinetnya, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ke semua mereka merupakan anggota Anshorullah At Tauhid dan lima daripadanya warga tempatan sementara seorang lagi warga Indonesia.

“Kesemua mereka yang ditahan merupakan anggota Anshorullah At Tauhid, sel Daesh yang ditubuhkan pada Oktober tahun 2019 bertujuan mempromosikan ideologi Salafi Jihadi dengan merekrut anggota-anggota baru dan melancarkan serangan di Malaysia.

“Siasatan PDRM mendapati tiga daripada individu yang ditahan telah mengeluarkan ancaman bunuh kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinetnya kerana mengamalkan kerajaan Thoghut,” katanya.

Selain itu, Abdul Hamid berkata mereka juga merancang untuk melancarkan serangan ke atas pusat perjudian di Genting Highlands, Pahang dan kilang arak di sekitar Lembah Klang.

“Merujuk kepada ancaman berkenaan, ia merupakan hasrat yang sering dikeluarkan oleh hampir kesemua suspek pengganas dan kumpulan pro-Daesh yang ditahan Cawangan Khas.

“PDRM sentiasa menilai ancaman bunuh seperti ini dan hasil siasatan PDRM menunjukkan tiada sebarang perancangan atau persediaan dibuat oleh mereka untuk melaksanakan ugutan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata keenam-enam individu yang mengeluarkan ancaman berkenaan disiasat di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu mempunyai milik, jagaan atau kawalan bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Berita berkaitan
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023· Isu semasa
Dituduh fitnah, Anwar akan kemuka bukti Dr M kayakan diri, keluarga
April 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok