6 pelajar MRSM di Kuala Kangsar positif Covid-19

December 2, 2021 · Isu semasa

Seramai enam pelajar Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, dilaporkan positif Covid-19 seperti disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin.

Menurutnya, kes itu berlaku pada 29 November dan ia dimasukkan bawah Kluster Jalan Kuala Kangsar, Gerik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud, berkata beliau masih menunggu laporan secara terperinci daripada Kementerian Pendidikan, KKM dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Kes ini sedang disiasat dan setakat ini segala bentuk tindakan kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan,” katanya lapor Bernama semasa sidang media selepas menghadiri Program Penyerahan Bantuan Mahasiswa Perak 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau.

Terdahulu, pada program itu Saidi berkata seramai 32 orang mahasiswa menerima bantuan RM150 bagi kegunaan pembelajaran daripada Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Saidi berkata, sebanyak 11,000 daripada 20,000 permohonan bantuan diterima PASAK telah diluluskan, dan setakat ini hanya 2,000 orang sahaja mahasiswa dipilih menerima bantuan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok