6 lelaki direman bantu siasatan kes bakar remaja

July 24, 2022 · Isu semasa

Enam lelaki direman selama lima hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang melecur dipercayai dibakar beberapa rakannya di Kemaman, Jumaat lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Majistret Kemaman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata semua suspek berusia 18 hingga 28 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di daerah Kemaman pada Jumaat dan Sabtu (semalam).

“Tiga suspek yang ditahan merupakan pekerja kilang, tiga lagi penganggur dan siasatan awal mendapati seorang daripada suspek berusia 28 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media semalam melaporkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mendakwa dibakar rakan-rakannya selepas dituduh mencuri wang RM100 dalam kejadian kira-kira 3 pagi di Kampung Perasing Jaya, Jabor di Kemaman.

Difahamkan remaja terbabit yang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang kini berada dalam keadaan stabil walaupun melecur hampir 40 peratus pada bahagian leher hingga belakang badan.

Berita berkaitan
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
January 26, 2023· Politik
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh: Operasi SAR disambung semula cari mangsa runtuhan
December 17, 2022· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
February 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
5 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
8 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
9 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
4 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok