6 juta dos vaksin sudah disuntik kepada orang ramai

June 22, 2021 · Isu semasa

Orang ramai yang menerima vaksinasi kini sudah mencecah 6 juta lebih, ia jumlah keseluruhan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat semalam, seramai 4,384,441 telah menerima dos pertama manakala 1,666,757 individu sudah melengkapkan dos kedua, menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 6,051,198.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan lima negeri yang mencatatkan peneriman kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 216,386 diikuti Sarawak (188,289), Johor (176,080), Perak (154,422) dan Kuala Lumpur (145,906).

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata sebanyak 235,623 dos diberikan semalam, tertinggi sejak ia dimulakan pada 24 Feb lepas.

Katanya daripada jumlah tersebut,181,840 merupakan penerima suntikan dos pertama manakala 53,783 lagi dos kedua.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
1 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
3 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
9 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok