59 kematian catatan tertinggi, jangkitan catat rekod baharu 6,806

Data 20 Mei 2021

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi mencanak lagi kepada 6,806, berbanding 6,075 kes yang dilaporkan semalam, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 50,171.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu 59 kematian dicatat sekali gus menjadi kes tertinggi direkodkan sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

“Sebanyak 59 kes kematian dari seluruh negara telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian seluruh negara adalah sebanyak 2,099 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 14 kes di Johor, Selangor (10), lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam (6) kes di Kelantan, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Kedah, Perak, dan Terengganu, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pulau Pinang,” katanya hari ini.

Selangor terus menjadi negeri kritikal dengan mencatatkan 2,277 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur (655), Johor (615), dan Sarawak (608).

Beliau berkata, 24 kluster baharu juga dikesan menjadikan 528 kluster masih aktif, sementara 1,438 lagi telah tamat.

POPULAR
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiriJune 12, 2021
Polis tahan lori bawa 48 pekerja kilang proses ayam positif Covid-19June 14, 2021
Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti KelantanJune 13, 2021
Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara, tangani Covid-19June 13, 2021
PM yakin Kuala Lumpur capai imunisasi kelompok menjelang 31 OgosJune 13, 2021