
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 7 April 2022. - Sumber Covidnow KKM
Lebih 69.10 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam.
Daripada jumlah itu, 25,870,912 atau 79.2 peratus telah lengkap dua dos, 27,543,413 atau 84.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 22,955,772 atau 97.6 peratus individu dewasa telah menerima dua dos vaksin, manakala 23,232,836 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan seramai 15,899,713 atau 67.6 peratus individu dewasa telah menerima dos penggalak sejak pelaksanaannya bermula 13 Oktober 2021 hingga semalam.
Sejak September tahun lalu juga, seramai 2,856,360 atau 91.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,956,063 atau 95.0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 13,778 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan kedua vaksin masing-masing semalam, menjadikan keseluruhannya 58,780 atau 1.7 peratus kanak-kanak telah lengkap divaksinasi.
Seramai 1,354,514 atau 38.2 peratus kanak-kanak lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.