5,755 kes baharu, Selangor tertinggi

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat lagi berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 5,755 kes baharu dilaporkan, berbanding 5,594 semalam.

Katanya jumlah itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,602,835 kes, sementara sehingga semalam seramai 2,498,345 pesakit disahkan sembuh.

Dalam tempoh sama jangkitan di Selangor terus meningkat daripada 1,397 kepada 1,511 kes, menjadikan kumulatif positif di negeri itu mencecah 744,152 kes, dengan 715,798 pesakit sembuh.

Sehingga semalam Selangor merekodkan 18,641 kes aktif dengan 16,307 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,193 ditempatkan di PKRC; 1,052 dimasukkan ke hospital; dan 89 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 48 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri itu juga merekodkan 9,745 kematian, termasuk 2,075 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID).

BERITA BERKAIT
POPULAR