57,510 kes HFMD sejak 1 Januari

May 26, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 57,510 kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga 25 Mei lalu, dengan majoriti daripadanya melibatkan kanak-kanak berusia di bawah enam tahun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sehingga 24 kali ganda berbanding tempoh sama pada 2021 sebanyak 2,333 kes.

Menurutnya peningkatan kes mula melebihi paras waspada iaitu 878 kes pada minggu epidemologi (ME) 11/2022 iaitu 13 hingga 19 Mac, apabila sebanyak 895 kes baharu dilaporkan.

“Kes HFMD semakin meningkat sehingga melebihi paras amaran iaitu 1,215 kes pada ME 14/2022 (3 hingga 9 April) apabila sebanyak 1,653 kes dilaporkan.

“Peningkatan ketara itu berlaku sejak April 2022 berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk dari segi kehadiran penuh di sekolah, taska, tadika dan tabika,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain itu katanya kebersihan diri yang tidak terjaga, terutama amalan mencuci tangan, penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka boleh menyebabkan berlakunya jangkitan HFMD.

Khairy berkata peningkatan kes semakin memuncak pada ME 20/2022 dan ME 21/2022 disebabkan aktiviti sosial ketika sambutan Aidilfitri.

Sehingga kini, katanya bilangan kes mingguan terus meningkat dengan julat kes dilaporkan antara 1,500 ke 15,000 seminggu atau 300 hingga 2,000 kes sehari.

Lima negeri mencatat bilangan kes tertinggi iaitu:

  • Selangor – 16,286 kes (28.32 peratus);
  • Kuala Lumpur dan Putrajaya – 7,298 kes (12.69 peratus);
  • Perak – 5,045 kes (8.77 peratus);
  • Kelantan – 4,194 kes (7.29 peratus); dan
  • Sabah – 3,829 kes (6.66 peratus).

“Kes paling banyak dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu 52,846 kes atau 92 peratus, manakala kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun seramai 3,741 kes (tujuh peratus),” katanya.

Menurutnya kumulatif wabak HFMD di seluruh negara setakat ini ialah sebanyak 1,370 membabitkan 5,203 kes, manakala selebihnya adalah kes sporadik.

Daripada 1,370 wabak itu, majoriti berlaku di:

  • Taska, tadika, tabika, pra sekolah – 832 wabak (61 peratus);
  • Rumah persendirian – 482 wabak (35 peratus); dan
  • Pusat jagaan – 45 wabak (tiga peratus).

Khairy juga memaklumkan sehingga 25 Mei, hanya dua kanak-kanak disahkan HFMD mengalami gejala teruk dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Kedua-dua kes ini positif virus enterovirus 71. Pada 25 Mei, kanak-kanak pertama beransur pulih dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan, namun perlu dipantai di ICU.

“Manakala yang kedua masih memerlukan alat bantuan pernafasan, tetapi keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok