572,744 kanak-kanak terima dua dos

Seramai 37,583 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 semalam (Khamis 21 April), manakala 12,344 lagi menerima dos pertama daripada vaksin dua dos.

Angka itu menjadikan jumlah kanak-kanak yang lengkap divaksinasi adalah seramai 572,744 atau 16.1 peratus, manakala 1,447,377 atau 40.7 peratus lagi menerima suntikan dos pertama.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan sejak 3 Februari lalu.

Sementara itu, sejak September tahun lalu seramai 2,881,518 atau 92.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi.

Seramai 2,982,044 atau 95.8 peratus remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas pula, sejak PICK dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam seramai 15,998,406 atau 68.0 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Lebih 61.98 juta dos vaksin telah diberikan kepada golongan dewasa, termasuk 22,963,218 atau 97.6 peratus yang menerima dos kedua, dan 23,240,041 atau 98.8 peratus menerima dos pertama.

Keseluruhannya sejumlah 69,872,350 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 26,417,480 atau 80.9 peratus populasi telah menerima dua dos, manakala 27,669,462 atau 84.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 21 April 2022. – Sumber Covidnow KKM

BERITA BERKAIT
POPULAR