
Data sehingga 7 Januari 2023.
Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 7 Januari 2023) meningkat sedikit kepada 571 kes, berbanding 543 yang dicatat pada Jumaat, menurut data laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 389 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 108 (individu yang lengkap divaksinasi); empat kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 70 kes (individu tidak divaksinasi).
Jangkitan semalam, turut melibatkan 37 kanak-kanak, turun sedikit berbanding 34 yang dicatatkan pada Jumaat.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,029,908 dengan 4,981,603 pesakit telah sembuh, termasuk 551 yang pulih semalam.
Sementara itu, KKM juga memaklumkan sehingga semalam 11,431 kes masih aktif, meningkat sedikit berbanding 11,415 yang dilaporkan pada Jumaat, manakala 10,812 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (10,828 pada Jumaat). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital pula meningkat kepada 585 kes, berbanding 554 yang dicatat pada Jumaat.
Seramai 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, naik berbanding 33 yang dicatat pada Jumaat, dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (14 pada Jumaat).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 216 (1,546,097);
- Kuala Lumpur – 103 (466,891);
- Sabah – 15 (406,648);
- Johor – 17 (397,915);
- Sarawak – 40 (323,871);
- Kedah – 31 (318,257);
- Pulau Pinang – 31 (307,130);
- Kelantan – 4 (259,931);
- Perak – 15 (238,640);
- Negeri Sembilan – 26 (230,671);
- Pahang – 21 (182,476);
- Melaka – 32 (144,463);
- Terengganu – 9 (132,795);
- Putrajaya – 8 (32,229);
- Labuan – 2 (22,924); dan
- Perlis – 1 (18,970).
Sementara itu, empat pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID), dilaporkan.
Semua kematian itu direkodkan di Kedah, Perak, Sabah dan Selangor.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 kekal kepada 36,874 mangsa, termasuk 7,857 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).