57 laporan polis dengan kerugian lebih RM2 juta dalam kes tipu haji

July 9, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 57 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap sebuah agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata negeri Selangor mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 25 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM620,000 diikuti Kuala Lumpur dengan 23 laporan melibatkan kerugian sebanyak RM766,500, lapor Bernama.

“Empat laporan diterima di Pahang dengan sebanyak RM874,000 kerugian manakala masing-masing satu laporan diterima Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM2,371,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Pulau Pinang mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM32,000, Perak (RM25,000), Negeri Sembilan (RM16,000), Terengganu (RM38,000) manakala Johor tidak melibatkan sebarang kerugian.

Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Berita berkaitan
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
16 jam lalu· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
22 jam lalu· Politik
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh: Operasi SAR disambung semula cari mangsa runtuhan
December 17, 2022· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Penduduk di Sarawak dinasihati tangguh aktiviti luar: Bomba
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok