
Kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga 1 Jun 2022 meningkat kepada 35,678 kes, termasuk 7,559 kes BID.
Lima puluh tujuh pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan hanya Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan kes kematian.
Daripada 57 kes kematian itu, 14 daripadanya melibatkan pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan atau kes ’brought in death’ (BID).
Bagaimanapun, tiada perincian diberikan adakah 14 kes BID itu melibatkan kalangan 282,073 pesakit yang diarah menjalani kuarantin di rumah.
Sehingga semalam jumlah kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 32,591 kes, termasuk 6,660 kes BID.
Johor yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac depan merekodkan jumlah kematian tertinggi semalam melibatkan 14 pesakit, menjadikan kumulatif sebanyak 4,035 kes, kedua tertinggi di Malaysia.
Sehingga semalam, Johor merekodkan 313,790 kumulatif positif – ketiga tertinggi selepas Selangor dan Sabah – dengan 284,635 pesakit telah sembuh, dan 25,120 kes aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 23,794 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 174 ditempatkan di PKRC, 1,119 dimasukkan ke hospital; dan 33 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga semalam, seramai 3,057,593 atau 80.6 peratus populasi di Johor telah lengkap divaksinasi, 3,288,698 atau 84.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,881,371 atau 68.8 peratus lagi individu dewasa menerima dos penggalak.
Sebanyak 60 kluster masih aktif di Johor, melibatkan 28 kluster pendidikan; tempat kerja (18); kumpulan berisiko tinggi (sembilan); komuniti (tiga); dan masing-masing satu kluster import dan keagamaan.
Bagi kes kematian di negeri-negeri lain, Sabah merekodkan lapan kes, diikuti Perak (enam); masing-masing lima di Kedah, Melaka serta Selangor; dan masing-masing tiga di Pahang serta Terengganu.
Perlis serta Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan dua kes kematian, diikuti masing-masing satu kes di Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 25 Februari 2022.