56.8 peratus terima dos penggalak

February 15, 2022 · Isu semasa

Seramai 13,373,479 atau 56.8 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak sejak program itu dilancarkan 13 Oktober tahun lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menerusi laman sesawangnya yang dikemas kini pagi ini, KKM memaklumkan semalam sahaja sebanyak 109,661 individu telah menerima suntikan dos ketiga itu.

Sementara itu, seramai 22,938,190 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,214,625 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama lebih 5.67 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah itu seramai 2,796,021 remaja melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, sementara 2,875,825 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

KKM juga memaklumkan sehingga kini 206,748 atau 5.8 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19. Semalam sahaja, seramai 36,306 dos vaksin diberikan kepada golongan itu.

Keseluruhannya, sebanyak 65,198,894 dos vaksin diberikan kepada populasi negara, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu.

Daripada jumlah itu, 25,734,211 atau 78.8 peratus individu telah lengkap divaksinasi, dan 26,297,198 atau 80.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok