56.0 peratus terima dos penggalak

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sejak 13 Oktober tahun lalu hingga semalam lebih 13.17 juta atau 56.0 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Semalam sahaja sebanyak 103,222 individu menerima suntikan dos ketiga itu, menjadikan keseluruhannya seramai 13,174,229 menerima dos penggalak, lapor KKM menerusi laman sesawangnya Covidnow yang dikemas kini pagi ini.

Pada masa sama, KKM memaklumkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 lalu hingga semalam, seramai 22,936,160 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi.

Manakala, seramai 23,212,186 atau 98.7 peratus lagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu, 5,669,048 remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada jumlah itu, 2,795,278 atau 89.8 peratus remaja melengkapkan dos masing-masing, manakala 2,873,770 atau 92.3 peratus lagi remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICK Kanak-Kanak pula, seramai 135,478 atau 3.8 peratus daripada golongan itu menerima suntikan dos pertama.

Keseluruhannya lebih 64.92 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, dengan 25,731,438 individu telah lengkap divaksinasi.

Sementara, 26,221,434 atau 80.3 peratus individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 12 Februari 2022. – Sumber Covidnow KKM

BERITA BERKAIT
POPULAR