5,551 kes baharu, Perlis rekod kadar jangkitan RT 1.12

December 3, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun semula kepada 5,551 kes berbanding 5,806 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal tahun lalu sebanyak 2,649,578 kes, manakala sehingga semalam 2,551,253 pesakit telah sembuh.

Semalam, sembilan negeri merekodkan peningkatan kes baharu, dengan Selangor mencatat 1,726 kes baharu berbanding 1,582 pada Rabu; diikuti Kelantan (640 semalam, 639 Rabu); Johor (635 semalam, 488 Rabu); Kuala Lumpur (385 semalam, 326 Rabu); Pahang (354 semalam, 326 Rabu); Melaka (249 semalam, 124 Rabu); Perak (228 semalam, 205 Rabu); Negeri Sembilan (181 semalam, 180 Rabu); dan Putrajaya (53 semalam, 21 Rabu).

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada 0.96, meningkat satu mata berbanding 0.95 pada jangkaan Rabu.

Berdasarkan data dikongsi beliau, Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu sebanyak Rt 1.12. Semalam negeri itu merekodkan 47 kes baharu berbanding 48 kes pada Rabu, menjadikan kumulatif positif sebanyak 6,417 kes, dengan 5,884 pesakit telah sembuh dan 124 kematian.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Sehingga semalam, Perlis merekodkan 413 kes aktif, termasuk 337 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 16 ditempatkan di PKRC; 58 dimasukkan ke hospital; dan dua dirawat di unit rawatan rapi, dengan seorang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, bagi kadar kebolehjangkitan di negeri-negeri lain, Selangor dan Putrajaya mencatat Rt 1.01, manakala Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan Rt 1.00.

Melaka, Labuan, Kedah dan Pahang pula mencatat Rt 0.98; Perak (0.96); Sabah dan Kelantan masing-masing Rt 0.95; Terengganu (0.93); Negeri Sembilan (0.92); dan Sarawak (0.74).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok