553,871 individu terima vaksin semalam, rekod baharu PICK

Jumlah individu menerima suntikan vaksin Covid-19 di seluruh negara semalam merekodkan angka tertinggi, sekali gus mengekal momentum pemberian 500,000 dos sehari bagi mempercepatkan lagi pencapaian imuniti kelompok.

Jumlah tertinggi dicatat menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini ialah pada 26 Julai 2021 membabitkan 521,923 dos suntikan.

Data 27 Julai 2021

Semalam, sebanyak 553,871 individu menerima suntikan vaksin Covid-19 membabitkan 356,112 dos pertama dan 197,759 lagi penerima melengkapkan dos masing-masing, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Enam negeri merekodkan jumlah tertinggi penerima vaksin itu semalam dengan Selangor mencatatkan 84,409 dos pertama dan 56,773 penerima dos kedua, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 93,117 suntikan membabitkan 57,525 penerima dos pertama dan 35,592 dos kedua.

Empat lagi negeri ialah Johor sebanyak 46,196 dos (40,791 pertama, 5,405 kedua); Sarawak 36,011 dos (9,437 pertama, 26,574 kedua); Sabah 31, 810 dos (29,560 pertama, 2,250 kedua); dan Pulau Pinang 30,711 dos (23,042 pertama, 7,669 kedua).

Secara keseluruhan Dr Adham berkata, sehingga semalam 18,393,347 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan dengan 12,487,441 membabitkan penerima dos pertama dan 5,905,906 melengkapkan dos kedua masing-masing.

Beliau berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan penerima vaksin tertinggi iaitu 5,112,057 dos pertama dan 1,831,585 dos kedua.

BERITA BERKAIT
POPULAR