55,000 pemilik benar pemandu tanpa lesen pandu kenderaan

June 25, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 55,000 kesalahan melibatkan pemilik kenderaan yang membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya kesal dengan sikap ambil mudah sesetengah masyarakat yang berterusan melakukan kesalahan tersebut tanpa memikirkan risiko serta bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Menurut pemerhatian dan analisis terkini JPJ, tiada perubahan sikap dan tanggungjawab yang ketara dalam kalangan pemilik kenderaan tentang perkara itu dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

“Ia boleh dilihat dengan jelas apabila direkodkan 347,300 pemilik kenderaaan didapati membenarkan individu tiada lesen membawa kenderaan mereka dari Januari 2019 hingga Mei tahun ini,” katanya selepas meninjau Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kijal, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum dan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Aedy Fadly berkata kebanyakan kesalahan melibatkan ahli keluarga terutama ibu bapa yang membenarkan anak-anak termasuk di bawah umur memandu tanpa lesen dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

Juesteru, pihaknya mengingatkan orang awam supaya mengambil serius perkara berkenaan kerana pemilik yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu denda tidak kurang RM300 dan maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu JPJ juga boleh mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik kenderaan melalui tindakan penyitaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Zulkarnain berkata sebanyak 580 kenderaan diperiksa dalam operasi dijalankan bersama Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 133 kenderaan telah diberi notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh. – Bernama

Berita berkaitan
Tiada operasi SPRM di Kementerian Sumber Manusia, kata Saravanan
July 18, 2022· Isu semasa
Tawaran diskaun saman PDRM, JPJ melalui WhatsApp adalah palsu
July 17, 2022· Isu semasa
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022· Isu semasa
Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
49 minit lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
12 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok