55 kematian akibat Covid-19 semalam, 65,153 kes masih aktif

December 1, 2021 · Isu semasa

Seramai 55 pesakit Covid-19 di 12 negeri di seluruh negara meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, berbanding 61 kes pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal tahun lalu hingga semalam sebanyak 30,425 kes.

Kes kematian semalam turut melibatkan lapan pesakit yang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital, atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhannya 6,153 kes BID.

Selangor mencatat 10 kes kematian menjadikan kumulatif di negeri itu sebanyak 9,787 kes, termasuk 2,084 kes BID.

Sehingga semalam, negeri itu mencatat 751,911 kumulatif kes positif, dengan 725,718 pesakit telah sembuh.

Setakat ini, negeri itu turut mencatat 17,968 kes aktif, termasuk 15,686 pesakit dikuarantin di rumah; 1,127 ditempatkan di PKRC; 1,075 dimasukkan ke hospital; dan 80 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 52 daripada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Kuala Lumpur dan Terengganu mencatat enam kes; masing-masing lima di Pulau Pinang dan Sabah; sementara Kelantan, Pahang, Perak dan Sarawak masing-masing mencatat empat kes; Johor (tiga kes); dan masing-masing dua di Melaka dan Negeri Sembilan.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Perlis, Labuan, dan Putrajaya.

Sehingga semalam, sebanyak 65,153 kes aktif dilaporkan di seluruh negara setakat semalam, manakala kumulatif positif adalah 2,626,879, berbanding 2,537,204 pesakit sembuh.

Daripada jumlah kes aktif itu, 52,954 pesakit dikuarantin di rumah; 6,539 ditempatkan di PKRC; 5,151 dimasukkan ke hospital; dan 509 pesakit dirawat di ICU dengan 252 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, negara turut merekod 62.0 peratus kadar penggunaan kemudahan ICU, dengan Putrajaya mencatat 80.0 peratus, dan terendah ialah Pahang sebanyak 40.7 peratus.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok