5,439 kes baharu, 0.95 Rt negara

December 1, 2021 · Isu semasa

Seramai 5,439 individu dikesan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, naik berbanding 4,879 kes positif yang direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 2,638,221, dengan 2,537,204 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam, negara turut merekodkan 30,425 kes kematian, termasuk 6,153 pesakit yang meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital atau dikategorikan sebagai kes ‘brought in death’ (BID).

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di seluruh negara pada jangkaan mengikut kes seharian semalam adalah sebanyak 0.95.

Data dikongsi beliau menunjukkan Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi sebanyak 1.06; diikuti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (1.02); Melaka (1.01), manakala Kedah dan Pahang masing-masing Rt 1.00.

Sarawak kekal mencatat kadar kebolehjangkitan terendah sebanyak Rt 0.77.

Labuan yang semalam mencatat Rt 1.12 semalam hanya merekodkan dua kes.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Sehingga semalam sebanyak 65,153 kes masih aktif dengan 52,954 pesakit dikuarantin di rumah; 6,539 ditempatkan di PKRC; 5,151 dimasukkan ke hospital; dan 509 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 252 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
7 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok